profile

Hi, I’m a creator

Celik Muzikal #6 : Kenapa Video Ni Banyak Views?

Published over 2 years ago • 1 min read

Video gitar saya yang paling banyak views

Satu-satunya video saya yang lebih 100 views buat masa ni ialah video pasal strumming.

Lebih spesifik lagi video pasal Cara Strumming Gitar Tanpa Pick.

129 views kat Youtube

Saya pun tak tau kenapa video ni banyak views.

Mungkin topik ni orang minat.

Ataupun mungkin saya yang promote video ni lebih.

Ke Arah 100 Subscriber Youtube hujung Ogos ni

50 subscriber kat Youtube

Dan channel youtube saya baru mencapai 50 subscriber semalam.

Harapnya boleh capai 100 subscriber hujung bulan Ogos ni.

Jadi kalau awak rasa video-video gitar saya tu membantu, feel free to share dengan kawan-kawan yang nak belajar main gitar.

Kalau ada cadangan topik atau feedback pun saya sudi terima dengan hati terbuka.

Anyways, ini bukan nak cerita pasal views ataupun subscriber tu, 100 views dan 50 subscriber tu orang gelak-gelak je sebab ciput.

Early Access Video Cara Strum Guna Pick

Hari ni saya just nak bagi EARLY ACCESS video CARA STRUM GUNA PICK kat awak.

Yelah, memandangkan video pasal strumming tanpa pick tu macam ada sambutan, saya pun record video cara strum guna pick pulak sebagai pelengkap.

Tapi saya kasi Geng Celik Muzikal tengok dululah sebab awak special.

Sebenarnya dah lama plan nak record video ni, tapi sebab topik ni agak leceh nak explain dari sudut teknikal saya tangguh dulu haha.

Tapi sampai bila nak tangguh ye dak, insan yang lemah je yang bertangguh ni.

So kalau awak ada pick tapi tak tau cara yang betul untuk strum guna pick, awak bolehlah tengok video dibawah.

Kalau baik hati tinggalkan komen atau feedback dekat video tu guna hashtag #celikmuzikal, at least saya tahu awak tengok video tu dari sini.

(Kalau awak belum ada pick boleh scroll down kebawah)

Belum ada pick?

Kalau awak takde pick lagi, hmm terpaksalah awak pergi beli dulu.

Kalau tak macam mana nak apply apa yang awak tengok dalam video tu haha.

Tips Beli Pick Untuk Strumming

Nasihat saya beli pick yang licin dan nipis macam dalam gambar dibawah.

pick nipis dan licin

Jangan beli pick yang kesat dan tebal macam dalam gambar dibawah.

pick kesat dan tebal

Pada pengalaman saya, tak syok guna pick kesat dan tebal untuk strum tapi bergantung jugaklah kot pada taste masing-masing

Tips saya kongsi ni pun berdasarkan pengalaman peribadi.

By the ways, ni tips beli pick untuk strumming ya, kalau untuk soloing OK je kalau awak nak beli dan guna pick tebal.

So sementara nak beli pick tu bolehlah tengok video-video strumming yang lain dulu.

Orait, itu jelah emel hari ni.

Pergi tengok video yang saya share ni dan praktis sekarang.

Ada benda tak clear atau ada soalan, saya ada je kat sini, setia menanti untuk reply emel awak ni.

Jumpa dalam next emel, bye.

Yang Benar,

AzamPro

(Cikgu Gitar Paling Hensem)

Hi, I’m a creator

Read more from Hi, I’m a creator

Malas praktis gitar? Saya pun sama 😎 Main gitar ni seronok sebenarnya bila kita dah pandai main satu dua lagu. Dia akan rasa ketagih nak belajar dan belajar lagi lagu lain pulak. Tapi biasalah, awal-awal semua benda semangat. Percayalah, nanti akan ada satu masa yang awak akan rasa malas gila nak praktis gitar walaupun main gitar ni seronok. Main gitar ni seronok tapi... Yang tak seronoknya ialah praktis. Sebab praktis ni tak "fun" macam main lagu yang kita dah memang pandai. Praktis ni ialah...

over 2 years ago • 3 min read

"Macam Mustahil Je Aku Boleh Belajar Soloing" Awak ada tak member-member yang power main solo gitar? Yang jenis dengar je lagu sikit, dia cepat tangkap dan boleh cari melodi masa tu jugak. Takpun yang jenis suka payung solo atas backing track chord kat Youtube. Layan je dengar dia goreng. Awak pun terdetik : "Macam mustahil je aku boleh main solo macam ni" Lepas tu scroll IG, tengok pulak video gitaris main fingerstyle. Awak pun rasa : "Kan best kalau aku reti cari fingerstyle sendiri" Well,...

over 2 years ago • 3 min read

Macam mana cara nak strum gitar ni? Ok selasa lepas kita dah borak pasal topik soloing. Hari ni kita nak borak topik paling basic dalam gitar iaitu pasal strum. Incase awak tak tahu, strum ni basically cara kita mainkan chord dengan petik semua tali serentak. Kalau awak baru belajar main gitar, antara persoalan yang mungkin timbul ialah : "Macam mana cara nak strum gitar ni?" Strum ni sebenarnya ada banyak cara, kalau awak search kat Youtube macam-macam video awak boleh jumpa. Tapi hari ni...

over 2 years ago • 1 min read
Share this post