Malas praktis gitar? Saya pun sama 😎
​
Main gitar ni seronok sebenarnya bila kita dah pandai main satu dua lagu.
​
Dia akan rasa ketagih nak belajar dan belajar lagi lagu lain pulak.
​
​
Tapi biasalah, awal-awal semua benda semangat.
​
Percayalah, nanti akan ada satu masa yang awak akan rasa malas gila nak praktis gitar walaupun main gitar ni seronok.
​
​
Main gitar ni seronok tapi...
​
Yang tak seronoknya ialah praktis.
​
Sebab praktis ni tak "fun" macam main lagu yang kita dah memang pandai.
​
​
Praktis ni ialah satu proses pembelajaran untuk kita pandai main lagu.
​
Dan ya, praktis ni memang benda yang perit sebab kita buat sesuatu yang kita "belum" pandai lagi.
​
​
Tambah-tambah kalau ada benda baru yang kita tak dapat tangkap atau tak faham waktu belajar lagu tu, lagilah stress nak praktis.
​
Sebab tu biasanya at one point kita akan timbul rasa malas tu.
​
​
Saya percaya semua gitaris kalau boleh nak ada magic yang boleh poof terus pandai main lagu yang dia nak tanpa perlu praktis.
​
Saya ni pun walaupun hari-hari ajar orang main gitar, tak bermakna saya hari-hari rajin nak praktis gitar.
​
​
Ada je hari yang saya rasa malas nak praktis, main pun gitu-gitu je.
​
Well, malas praktis ni sebenarnya normal je, siapa je yang rajin sepanjang masa kan.
​
(Done bagi ayat sedapkan hati)
​
​
​
4 Faktor Utama Kenapa Kita Rasa Malas Nak Praktis Gitar
​
Anyways saya tak rasa malas praktis ni berpunca sebab kita ni memang pemalas, tambah-tambah main gitar ni benda seronok kot.
​
Malas praktis ni bagi saya dia bukan sifat, dia lebih kepada hasil atau kesan yang timbul dari faktor lain.
​
​
Sama macam rasa mengantuk.
​
Mana ada orang mengantuk tiba-tiba.
​
​
Mesti ada faktor lain yang mencetuskan rasa mengantuk tu, contohnya :
​
- Bosan
- Penat bekerja
- Tak cukup tidur malam tadi
- Duduk atas sofa atau kerusi yang empuk
​
​
Jadi, sama macam malas praktis ni, mesti ada faktor atau punca yang menyebabkan kita rasa malas praktis ni.
​
So far, saya perasan ada 4 punca utama kenapa kita malas praktis gitar :
​
​
1. Praktis tak nampak hasil
​
2. Tak tahu nak praktis apa
​
3. Masa lapang terhad, so rasa macam setakat praktis sekejap baik tak payah praktis.
​
4. Takde member atau circle yang main gitar jugak untuk borak-borak pasal gitar
​
​
Kalau awak rasa malas praktis, memang biasanya berpunca dari salah satu sebab diatas.
​
​
OK, so what dengan malas praktis?
​
Mungkin awak tertanya-tanya apa tujuan saya tulis panjang-panjang ni, padahal nak cerita pasal malas praktis je pun, haha.
​
​
Pertama, saya nak bagitahu yang perasaan malas praktis ni sebenarnya semua orang rasa.
​
Kedua, saya nak bagitahu malas praktis ni bukanlah berpunca dari kemalasan semata-mata. Biasanya ada faktor lain yang mencetuskan rasa malas tu, macam yang saya senaraikan diatas.
​
Ketiga, saya ada berita baik. Saya dah buat satu discord server (PERCUMA) untuk kita sama-sama atasi perasaan malas praktis gitar ni.
​
​
Discord server? Apa tu? Untuk apa?
​
Basically dia macam group whatsapp ataupun telegram.
​
Cuma dia lebih organized dan lebih banyak fungsi.
​
​
Tujuan saya buat discord server ni adalah untuk bina satu komuniti gitaris yang akan push sesama kita untuk praktis.
​
Bila ada geng yang sesama main gitar, awak pun mesti lagi motivated nak praktis betul tak?
​
​
Apa beza discord ni dengan newsletter yang saya baca ni?
​
Discord ni lebih kepada santai-santai je, untuk bagi semangat sikit awak nak praktis bila ada dalam circle geng-geng yang main gitar jugak.
​
Newsletter ni lebih kepada content yang lebih spesifik dan ekslusif (early access video contohnya)
​
​
Discord server ni semua boleh join ye.
​
Jangan malu-malu.
​
Kita raikan semua gitaris.
​
​
Baru belajar main gitar ke, minat metal ke, minat jazz ke, minat menyanyi lagu Aiman Tino ke semua boleh join.
​
Takde diskriminasi, as long as awak memang main gitar, nak cari geng gitaris untuk lebih semangat praktis atau nak cari idea apa nak praktis amat dialu-alukan untuk join.
​
​
Apa awak boleh expect dari discord server ni :
​
- Peringatan untuk praktis gitar setiap hari
​
- Cadangan nak praktis apa walaupun awak hanya ada 10 minit masa lapang
​
- Jadikan tempat untuk post video awak main gitar (tak kesah video main chord C, video praktis scale, video main solo, semua boleh post)
​
​
But well of course kesan dia tak sama macam belajar 1 on 1 dengan saya.
​
Cuma at least saya boleh tolong sikit-sikit dan kita boleh sama-sama motivate sesama kita untuk praktis (harapnya semua supportivelah haha)
​
Ini contoh channel-channel yang ada buat masa ni, mungkin akan ada perubahan nanti.
​
​
​
​
Berminat nak join discord server ni untuk bina semangat nak praktis?
​
Nah link untuk join (percuma ye untuk join) :
​
Klik sini untuk join discord server Praktis Gitar Bersama AzamPro |
​
Kalau belum ada app Discord lagi, boleh download dekat phone.
​
Kalau awak guna android boleh klik button biru dibawah dan download.
​
​
Lepas dah download, buka balik emel ni untuk link join.
​
Link download discord (untuk pengguna Android)
​
Klik sini untuk download app Discord (android) |
​
​
​
Tak nak join?
​
Takde masalah, awak tetap akan dapat tips gitar dan muzik dekat sini setiap Selasa dan Jumaat.
​
Kalau awak nak join, tapi takut rasa tak boleh catch up or takut rasa tak best, boleh je nak leave balik nanti.
​
Takdenya saya nak marah kalau awak leave discord server tu, haha.
​
​
Tapi to be honest, saya harap awak dapat joinlah.
​
Meriah sikit kalau ramai yang join.
​
Saya pun tak tau ada sambutan ke tak discord server ni, kalau ada sorang je yang join pun, soranglah.
​
​
So, itu jelah cerita hari ni.
​
Apepun, terima kasih sebab sudi buka emel ni dan baca sampai habis.
​
Jumpa dalam emel akan datang.
​
Yang Benar,
AzamPro
(Cikgu Gitar Paling Hensem)
​
​